Assalamualaikum wr wb,
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"? (Fushshilat : 33)
As-Sunnah
Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras. (Tarmizi)
Warisan
Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah yang sebenarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu tetapi sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasih, kerana selalu memuji-muji Allah mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. (Ibnu Abbas)
Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah, tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya. (Imam Ghazali)
Diam tanpa berfikir tidak berguna tetapi suara tanpa hikmat tidak bererti. (hukama')
No comments:
Post a Comment