Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.
(Al An'aam : 120)
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, pengelihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. (Fushshilat : 22)
As-Sunnah
Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan. (Bukhari, Muslim)
Warisan
Jika anda membuat maksiat kepada Allah sedang anda yakin bahawa Allah melihat kelakuan anda itu maka anda adalah orang yang mengejek-ngejek Tuhan. Tetapi jika anda membuat maksiat sedang anda yakin bahawa Tuhan tidak melihat kelakuan anda itu, maka sebenarnya anda adalah kafir. (para Salaf)
Terus-terusan mengerjakan dosa menjadikan hati hitam dan selanjutnya hati itu menjadi kelam dan keras, tidak ada kebersihan dan keheningan, tidak akan merasa lega serta manis dalam mengerjakan ibadah. Jika Allah tidak memberi rahmat, hati itu akan menarik pemiliknya kepada kekufuran dan kecelakaan.
(Imam Ghazali)
No comments:
Post a Comment