Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Tidak sepatutnya bagi orang-orang mu'min itu pergi semuanya. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (At Taubah : 122)
As-Sunnah
Siapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. para malaikat selalu meletakkan sayapnya menaungi para pelajar kerana senang dengan perbuatan mereka. Seorang alim diminta ampun oleh penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air. Kelebihan seorang alim ke atas seorang abid bagaikan kelebihan sinar bulan ke atas bintang-bintang. Sesungguhnya ulama' pewaris nabi-nabi. Sesungguhnya nabi tidak mewariskan wang dinar atau dirham, hanya mereka mewariskan ilmu. Siapa yang telah mendapatkannya bererti telah mengambil bahagian yang besar. (Abu Daud, Tarmizi)
Siapa yang dikehendaki Allah kebaikan, maka dipandaikan dalam agama. (Bukhari, Muslim)
Warisan
Wahai saudaraku para pencari dan penuntut ilmu, oleh kerana kesungguhan dan hasrat serta kehausan ilmu yang ada pada dirimu, pastikanlah itu dalam kebenaran. Jangan sampai dalam niatmu untuk mencapai ilmu itu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kebanggaan bagi dirimu sendiri, dan untuk keangkuhan terhadap teman sejawatmu, untuk memikat perhatian orang terhadap dirimu sendiri dan untuk mengumpulkan berbagai keduniawian yang hampa ini. (Imam Ghazali)
Tambahan
Sijahil yang enggan belajar itu seumpama sibuta malu bertongkat.
No comments:
Post a Comment