Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 19

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (Ali Imran : 159)


As-Sunnah

Orang mukmin yang sempurna imannyalah yang terbaik budi pekertinya. Dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya. (Tarmizi)

Anas r.a: Saya telah melayani Rasulullah selama sepuluh tahun. Tidak pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya: `Mengapakah kau berbuat ini?', atau `mengapakah kau tidak mengerjakan ini?'. (Bukhari, Muslim)


Warisan

Sebesar-besar kekeramatan ialah berubahnya akhlak yang jelek dengan akhlak yang baik. (Sahl bin Abdullah)

Orang yang tidak sanggup menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. (Saidina Ali)

No comments:

Post a Comment