Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji. (Al Israa' : 79)
As-Sunnah
Aisyah r.a: Rasulullah saw bersembahyang malam tidak melebihi sebelas rakaat, baik di bulan Ramadhan atau lainnya. (Bukhari, Muslim)
Allah kasih pada seorang lelaki yang bangun sembahyang malam dan membangunkan isterinya. Jika tidak mahu bangun, disiram air ke mukanya. Demikian pula Allah kasih kepada perempuan yang bangun sembahyang malam dan membangunkan suaminya, jika menolak disiramkan air ke mukanya.
(Abu Daud)
Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kamu jika ia tidur dengan tiga simpulan. Pada setiap simpulan ia berkata: `Masih jauh malam, maka tidurlah.' Maka apabila bangun dan berzikir terlepas satu simpulan, jika berwudhu terlepas simpulan kedua, kemudian jika sembahyang terlepas semua simpulan itu , sehingga berpagi-pagi tangkas riang gembira dan lapang dada. Kalau tidak maka ia sempit dada dan malas. (Bukhari, Muslim)
Warisan
Hai anak, jangan-jangan bapa ayam itu lebih cerdik daripada engkau, yang mana ia mengalun-alunkan suaranya di waktu sahur sedangkan engkau nyenyak tidur. (Lukmanul Hakim)
No comments:
Post a Comment