Assalamualaikum wr wb,
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Hanya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (At Taubah : 18)
As-Sunnah
Andaikan orang-orang benar-benar mengetahui kebesaran pahala saf pertama dan menyambut panggilan azan, kemudian untuk mendapat saf pertama harus berundi, nescaya mereka akan berundi untuk mendapatkannya. Andaikan mereka mengetahui kebesaran pahala mendatangi awal untuk bersembahyang nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang awal. Andaikan mereka mengetahui keutamaan berjemaah subuh dan isyak, pasti mereka akan mendatanginya meskipun merangkak. (Bukhari, Muslim)
Siapa yang sembahyang Isyak berjemaah, seolah-olah bangun setengah malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjemaah maka bagaikan sembahyang satu malam penuh. (Muslim)
Hai sekalian manusia, sembahyanglah di rumah kamu. Sesungguhnya seutama-utama sembahyang seseorang itu dalam rumahnya, kecuali sembahyang fardhu. (Bukhari, Muslim)
Warisan
Rebutlah peluang kebaikan kerana peluang seperti itu berhembus secepat mega. (Saidina Ali)
No comments:
Post a Comment