Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Quran
Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. (Al-Baqarah : 269)
As-Sunnah
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menghormati jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dari hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya.
(Bukhari, Muslim)
Warisan
Banyakkan diam menghasilkan sifat hati-hati dan hemat, menjauhi tamak dan loba kepada dunia menghasilkan sifat waspada dan hati-hati, jauhkan sifat suka mencela dan menuduh supaya terselamat dari lidah orang ramai, dan jauhkan sifat dengki supaya akal anda mudah dan cepat faham.
(Sufyan Al-Thauri)
Tambahan
Orang yang banyak mengerti banyak diam.
Hati orang yang bodoh di mulutnya dan lidah orang yang cerdik di hatinya.
No comments:
Post a Comment