Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 34

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).   (Al An'aam : 162&163)


As-Sunnah

Sesungguhnya amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya yang teranggap bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Sesiapa berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang dikejarnya atau kerana wanita yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.  (Bukhari, Muslim)


Warisan

Sebahagian tanda keikhlasan ialah tidak merasa gembira dengan puji-pujian. Sebaliknya tidak merasa berduka disebabkan cacian. (Imam Ghazali)

Orang-orang memujimu di atas apa yang mereka sangka ada padamu, kerana itu engkau harus mencela dirimu di atas apa yang benar-benar engkau tahu ada pada dirimu. (Ibnu Atha illah)

No comments:

Post a Comment