Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 6

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An Nahl : 125)


As-Sunnah

Saya dapat menjamin suatu rumah di kebun syurga untuk orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar; dan menjamin suatu rumah di pertengahan syurga bagi orang yang tidak berdusta meskipun bergurau; dan menjamin satu rumah di bahagian yang tinggi dari syurga bagi orang yang baik budi pekertinya. (Abu Daud)


Warisan

Bila nasihat itu keluar dari hati yang ikhlas, pasti meresap ke dalam hati (pendengar). Sebaliknya kalau ia berupa gubahan lidah dan fantasi sahaja, maka ia akan masuk ke dalam telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri. (Ibnu Atha illah)


Tambahan

Orang bijaksana selalunya bercakap dengan matanya. Orang bodoh pula selalunya menelan dengan telinganya.

Setajam-tajam pedang, tumpul dijilat lidah.

No comments:

Post a Comment