Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 21

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.  (Al Kahfi : 110)


As-Sunnah

Siapa yang memberitahu amalnya kepada orang lain maka Allah akan memalukannya di hari kiamat. Sesiapa yang memperlihatkan amalnya kepada orang, Allah akan membalas riya'nya itu. 
(Bukhari, Muslim)


Warisan

Meninggalkan suatu amalan kerana takut diperlihatkan, maka inilah ria namanya. Melakukan sesuatu supaya orang melihatnya adalah syirik yang nyata. (Fudhail bin Iyadh)

Sesuatu yang amat berharga di dunia ini ialah ikhlas. Berapa kali aku bersungguh-sungguh untuk menghilangkan riya' dari dalam hatiku, tiba-tiba ia tumbuh dalam bentuk lain. (Yusuf Ar-Razi)

Siapa yang tidak puas dengan pendengaran dan pengelihatan Allah dalam amal perbuatan dan perkataannya, maka pasti kemasukan riya'. (Abu Abdullah Al-Quraisy)

No comments:

Post a Comment