Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 2

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfaal : 62&63)


As-Sunnah

Seorang muslim bersaudara kepada sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya, niscaya Allah menyampaikan hajatnya. Sesiapa yang menghilangkan kesukaran seorang muslim di dunia niscaya Allah menghilangkan kesukarannya di hari kiamat. Sesiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat. (Bukhari, Muslim)

Allah sentiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya. (Bukhari, Muslim)


Warisan

Kalaulah tidak kerana beribadat di waktu malam dan bertemu dengan kawan-kawan yang satu tujuan kepada Allah, niscaya aku tidak ingin hidup lagi di dunia ini.  (para salihin)

No comments:

Post a Comment