Tuesday, 21 June 2011

Mutiara Khamis 16

Assalamualaikum wr wb,

Bismillahir Rahmanir Rahim


Al-Quran

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Al Hadiid : 16)


As-Sunnah

Sukakah aku beritahu kepadamu ahli syurga? Mereka adalah orang yang merendahkan diri dan rendah pula dalam pandangan orang, tetapi kalau ia meminta sesuatu pada Allah tentu dilaksanakan. (Bukhari)


Warisan

Angkatkan kepalamu kerana tawadhu' itu bukan di kepala tetapi di hati. (Saidina Umar)

Bukanlah seorang yang bertawadhu itu seorang yang apabila bertawadhu lalu merasakan ia telah merendahkan dirinya.  (Ibnu Atha illah)


Tambahan

Pembangga diri seumpama ayam jantan yang menganggap bahawa matahari itu tidak terbit kecuali untuk mendengar kokoknya yang berderai-derai.

No comments:

Post a Comment